Assalamualaikum
macam biasa, saya bukanlah seorang yang Alim. Saya menegur atau mengeluarkan pendapat saya ni ikhlas untuk membantu sesama Muslim..
Nabi bersabda: "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"...
Adalah penting untuk kita membantu sesama Muslim, apatah lagi jika mereka terdiri daripada kalangan yang jahil. Maka berkewajipan bagi kita yang mengetahui untuk membantu mereka.
Nabi bersabda: "Sampaikanlah walau satu ayat"...
Sangat berbahaya khususnya kepada golongan wanita meletakkan gambar-gambar mereka di internet, khususnya di laman sosial. Saya bukanlah tidak membenarkan meletakkan gambar, biarlah ianya sekadar satu dua gambar, itupun yang tidak mengghairahkan.
Kita bukannya tahu yang menggunakan laman sosial ini terdiri daripada orang yang terpecaya atau mereka yang ingin mencari kenalan. Manusia mempunyai berbagai ragam.
Ada di antara mereka yang tidak bertanggungjawa
Mungkin ada sesetengah wanita rasa seronok sebab gambar mereka tersebar di blog2, kononnyablog "gambar awek melayu cun".. tapi ingatlah, objektif mereka bukan itu saja, bahkan lebih dari tu. Apa saja yang tersebar di internet, maka mimpilah anda untuk mendeletenya semula.
Gambar-gambar yang mengghairahkan atau yang tidak menutup aurat, eloklah di delete. Kerana ini akan menyebabkan anda berdosa, bahkan menyebabkan orang lelaki yang melihatnya berdosa. Apa yang lebih malang, anda akan menanggung 2 kali ganda dosa orang lelaki yang melihat. Maka janganlah menambah dosa anda dan memberi dosa kepada orang lain.
Wallahualam, ini hanyalah ingatan saya ringkas...bukan saya nak hentam2 sapa2, atau nak tunjuk poyo, tapi saya cuma ingin membantu =)
c0pied fr0m: Thaqib ibn Shaker ):
[actually, saya pun sama ja..suka upl0ad gambar banyak2.. but i'll m0re aware after this..]
Isnin, 7 Disember 2009
jgn ltk gmbor byk sgt...
Dicatat oleh nurul fitrah di 8:43 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan